Blogger Widgets

Khamis, 24 April 2014

PENYOKONG BOLA SEPAK MELAKA

Setelah sekian lama pasukan Melaka sepi dalam kancah bola sepak malaysia,ketua menteri Melaka yang baru telah mengwujudkan semula pasukan bola sepak di negeri Melaka.Atas minat beliau kepada bidang sukan beliau telah mengwujudkan satu pasukan bola sepak yang diberi nama MELAKA UNITED.Peminat bola sepak di melaka memberikan sokongan yang begitu hebat terhadap usaha yang di lakukan beliau.Sehingga terbentuk lah Penyokong bola sepak yang di beri nama ULTRAS TAMING SARI.

Selasa, 22 April 2014

SEJARAH KAMPUNG HALAMAN KU(kampung pulai)

SEJARAH

Setiap tempat mempunyai asal-usul atau sejarahnya, begitulah juga Kampung Pulai. Desa ini dibuka kira-kira (150 tahun dahulu (1844) oleh Daeng Taib, seorang berketurunan Bugis. Beliau dan kerabatnya telah mendiami kawasan Pantai Gupung (Pulai Timur).

Pada ketika itu kebanyakan penghuni di desa kecil di pinggir Selat Melaka ini adalah terdiri daripada keturunan Bugis dan Jawa. Setelah Daeng Taib meninggal dunia, anak lelakinya Tok Dewa meluaskan lagi kawasan kediaman mereka.

Penduduk desa ini terus berkembang dan berubah dari setahun ke setahun. Pada masa yang sama, penempatan orang-orang Bugis telah wujud terutamanya di Serkam dan Teluk Emas.

Jika Parameswara menamakan Melaka berdasarkan pokok, begitulah wujudnya nama Pulai sejenis pokok kayu yang banyak terdapat di desa ini. Pokok Pulai ialah sejenis pokok kayu yang keras dan ini menjadi simbol kekukuhan dan keutuhan penghuninya.

Selasa, 15 April 2014

CATU AIR DI NEGERI SELANGOR

KPTM BANGI

Catuaan air berlaku selama sebulan di negeri selangor.Bermula dari 1-4-2014 sehinnga 30-4-2014.Catuan air ini berlaku kerana empangan di negeri SELANGOR telah kering.Ini mengakibatkan warga selangor terpaksa mengurangkan penggunaan air.

Isnin, 31 Mac 2014

PENGALAMAN

Aku berumur 19 tahun.Berasal dari melaka.Aku suka mencuba pengalaman baru.pada tanggal 7 januari 2014,bermula pengalaman baharu iaitu aku menyambung pelajaran ku di luar negeri kelahiranku  iaitu di negeri selangor(KPTM BANGI).Banyak pengalaman yang aku belajar di sini.Contohnya aku terpaksa berjauhan dengan keluarga,belajar hidup berdikari,dapat rakan baru yang berasal dari negeri yang berlainan,terpaksa bangun sendiri,dan banyak pengalaman lain yang aku belajar.

Aku menulis cerita ini kerana pada saat ini 31 mac  2014 aku sedang merindui keluarga,kampung dan sahabat aku di melaka tetapi aku cuba melawan perasaan rindu tersebut.

mood=sedih

Rabu, 19 Mac 2014

MH370

MISI PENCARIAN PESAWAT MH370 TELAH PUN MEMASUKI HARI YANG KE 13. BANYAK NEGARA MEMBANTU UNTUK MERUNGKAI MISTERI KEHILANGAN PESAWAT TERSEBUT.




MAS IS THE WORLD SAFEST AIRPLANE. BUT IF ALLAH SAID "KUN FAYA KUN". ANYTHING CAN HAPPEN IN BLINK OF EYES.
#PRAY4MH370